Thursday, October 31, 2013

       

                     Bila hati terdetik mula nak berhijrah.. :
-Mulakan sikit2 dulu untuk perubahan dan penampilan. 
-Kurangkan pemakaian make up. 
-Mulakan dgn tudung bidang 50,55. 
-Bila da biasa, labuhkan lg ke bidang 60 :')

# Jangan jadikan alasan pandangan orang pada kita. tekadkan Niat. Biar lah bersusah2 Bertudung Labuh melakukan sebarang pekerjaan. itulah Mujahadah.. Pilihlah jubah yang longgar dari potongan badan. Biasakan berstokin bila keluar dari rumah. Pakai sarung tangan untuk mengelakkn aurat lengan terselak. Sentiasa berdoa lepas solat moga Allah tetapkn hatimu kearah yg lebih baik. berusahalah.. kamu sedang menuju SyurgaNya

IkHiTiLaT ..

             
             

          "Kenapa tak boleh keluar dengan lelaki ajnabi walaupun tak ada pegang-pegang, tak ada sentuh-sentuh, tak buat benda tak senonoh, tak ada pergi tempat gelap ? Kita orang keluar just for fun."

#Ikhtilat.
Kalau kita tak jaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati.

Bila mata suka memandang kepada ajnabi,
bila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi,
bila telinga suka mendengar suara ajnabi,
bila tangan suka ber'chatting' dengan ajnabi,
bila kaki suka melangkah bersama ajnabi,
bila diri suka meraih perhatian ajnabi,
maka kita akan mudah jatuh hati.

Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah.

Zina.
Na'uzubillah 
 


  *Allah cipta manusia itu berpasangan!! (sebaik2 hiasan dunia adalah wanita solehah *=*)